Umi,
maafkan zah. Zah tak mampu nak tunaikan permintaan abah. Biarlah zah cari
ketenangan yang zah inginkan. Harap umi faham maksud zah. Halalkan makan minum
zah. Zah sayang umi.
Anakmu,
-azah-
Nota itu ditinggalkan diatas meja soleknya.
Aku dah tak tahan nak tinggal dan hidup dengan mereka. Sekarang ialah waktu
untuk aku tenangkan fikiran aku. Aku berharap selama ketiadaan aku mereka akan
sedar kesilapan itu. Aku akan kembali setelah impianku tercapai.
Beg
yang penuh dengan bajunya itu diletakkan ke dalam bonet kereta mercedez benz
miliknya. Setelah beberapa tahun bekerja sebagai pengarah syarikat Fareez
Holding milik Tan Sri Fareez Hakim yang bakal diterajui oleh anaknya iaitu Adam
Zhafril. Haraplah anak Tan Sri Fareez ni ikut perangainya, kalau tak habislah
aku.
Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam itu akhirnya berbaloi.
Azah menekan loceng rumah Wardinah berkali-kali. Akhirnya Wardinah membuka
pintu dengan terkocoh-kocoh. Hisy, siapalah yang datang malam-malam macam ni.
Tak tahu ke waktu orang nak berehat. Wardinah membebel dalam hati.
“Kau
rupanya Zah. Aku ingat siapalah tadi. Kau buat apa kat sini? Beg kau ke tu?”
“Kalau ye pun kau nak tanya bagilah aku masuk dulu. Ni tak soalan keluar
dari mulut kau macam peluru berpandu” leter Farinah.
“Eh,
masuklah. Buat macam rumah sendiri. Aku bukannya apa, aku terkejut tengok
barang-barang kau ni. Banyak sangat”
“Aku
nak tumpang rumah kau dalam beberapa hari boleh? Aku nak tumpang sampai aku
dapat cari rumah untuk aku sewa”
“Apa
kata kau tinggal kat rumah aku. Jimat sikit duit kau. Sewa rumah ni nanti boleh
kita bayar berdua.” Cadang wardinah.
“Kau
tak kisah ke? Manalah tahu family kau datang sini nak bermalam kat sini ke
nanti. Takdelah aku ganggu korang.”
“Kau
macam tak tahu family aku tu. Manalah dia orang nak tinggal kat rumah sempit
macam ni” kata Wardinah sambil mencebik.
“Sempit kau kata? Kondo kau ni punyalah besar macam istana kau kata
sempit” balas Farinah Syaza.
“Overlah kau ni Za. Kondo yang biasa ni kau kata besar macam istana.
Hahaha” gelak Wardinah.
“meh
aku tunjuk bilik yang kau akan guna. Tapi kau jangan banyak songeh kalau bilik
tu tak menepati citarasa kau”sambung Wardinah.
“Not
bad but I want to change the colours. I don’t like pink colours” kata Farinah
Syaza dengan serius.
*****
Butang
lift ditekan. Tingkat 19 dituju. Ketika itu seseorang berdiri disebelahnya.
Dia menjeling kearah lelaki yang berpakaian
kemeja berwarna biru tua dan bertali leher hitam. Lelaki tersebut asyik melayan
telefon pintar yang berada di tangannya. Dia berasa dirinya diperhatikan oleh
gadis manis yang berambut ikal itu.
|
“Ehem.. kenapa cik jeling saya macam tu” katanya dengan penuh sopan.
“Ehem.. kenapa cik jeling saya macam tu” katanya dengan penuh sopan.
“Errr.. Encik nak ke tingkat berapa?” soal Farinah Syaza.
“Saya nak ke tingkat 19 cik” katanya dengan penuh macho.
“Ohh. Arah yang samalah ni” kata Farinah Syaza dengan senyuman menawan
yang mampu mencairkan hati lelaki diluar sana.
Adam
Zhafril terkedu melihat senyuman gadis tersebut. Belum sempat dia membalas
senyuman tersebut pintu lift teerbuka.
Farinah
Syaza membuka pintu biliknya. Dia memanggil Andrea selaku pembantu peribadinya.
“Ada
apa cik Farinah?” soal Andrea.
“Saya
ada meeting atau appointment ke hari ni?” tanya Farinah.
“Hari
ni cik ada dua meeting. First meeting cik jam 10 pagi ni. Meeting pagi ni Tan
Sri yang adakan. Selepas itu, cik ada meeting dengan wakil Menara Holding jam
tiga petang nanti” jelas Andrea.
“Apa
agenda meeting dengan Tan Sri hari ni ye?” soal Farinah.
“Saya
tak pasti cik. Tan Sri tak nyatakan agenda meeting tersebut” jelas Andrea.
“Kalau
macam tu takpelah Rea. Awak boleh keluar sekarang”
Apa
agaknya yang Tan Sri nak sampaikan dalam meeting tu. Apesal jantung aku
berdegup dengan laju ni? Bisik Farinah.
Jam
tangan Gucci miliknya dijeling sekilas. Ada lima minit lagi jam sepuluh. Baik
aku pergi sekarang. Kalau aku lambat nanti tak pasal-pasal aku kena sindir
macam hari tu. Aduh sakitnya tuh disini.
Pintu
bilik mesyuarat dibuka. Kelihatan sudah ramai yang sampai. Dia menuju kearah
kerusinya. Pintu bilik mesyuarat dibuka oleh Tan Sri dan kelihatan seseorang
bersama Tan Sri.
Eh,
apasal jantung aku berdegup laju ni. Tu bukan mamat yang kat dalam lift tadi
ke. Dia buat apa kat sini.
“Selamat
sejahtera semua. Kamu semua mesti tertanya tanya kenapa saya adakan meeting
mengejutkan. Sebenarnya hari ni saya nak kenalkan kamu dengan pengganti tempat
saya sebagai CEO di syarikat ni. Anak saya yang akan gantikan jawatan saya.”
Alamak,
Tan Sri dah nak bersara ke. Takkanlah dia ni anak Tan Sri. Huarghhh taknak!!
“kenalkan
ni anak saya Adam Zhafril. Harap kamu dapat membantu dia.”
Zhafril
asyik merenung kearah gadis yang ditemuinya pagi tadi.
Aduh,
apasal dia pandang aku ni. Bukan nak perasan tapi yang duduk sebaris dengan aku
semuanya lelaki. Takkanlah dia ni suka kaum sejenis.
“Kamu
semua boleh bersurai. Farinah kamu jangan keluar dulu.”
Farinah
menggelabah. Apasal aku pulak. Dia tak tahu ke anak dia ni dok jeling aku macam
nak telan.
Oh, nama
dia Farinah. Apasal daddy panggil dia pulak ni. Janganlah daddy perasan yang
tadi aku jeling dia. Tak pasal-pasal nanti kena suruh kahwin dengan minah ni.
“Zhaf,
cik Farinah ni ialah pengarah syarikat kita ni. Kalau Zhaf ada apa-apa pertanyaan
boleh rujuk kat Farinah. Dia ni dah tiga tahun ganti tempat Dato’ Ikhwan sebagai
pengarah. Jadi dia dah mahir dengan selok belok syarikat ni.”
“Kalau
takde apa-apa lagi, saya nak sambung buat kerja dulu” kata Farinah.
“Kamu
boleh keluar sekarang” balas Tan Sri.
*****
Farinah
berjalan melintasi meja Farah and the gang yang sedang rancak bergosip. Dia
terdengar nama bos barunya yang disebut oleh Farah. Dia memasang telinga untuk
mendengar apa yang digosip oleh Farah and the gang.
“Korang
nampak tak tadi anak Tan Sri tu? Hensem orangnya. Dengar-dengar dia tu bujang
lagi. Umur dia baru nak masuk 27 tahun. Kira muda lagilah tu” kata Farah kepada
rakan-rakannya.
“Aku
dengar cerita dia tu campuran melayu-jepun-korea. Betul ke Farah? Kalau betul
patut la hensem gilerr” sampuk rakannya.
“Haah.
Betul la tu. Dahlah putih, mata sepet berwarna hazel dan ada lesung pipit pulak
tu. Kalau nak dibandingkan dengan kita ni apa yang ada, lesung batu adalah”
terang Farah.
Semua
yang berada disitu turut gelak dengan gurauan Farah. Farinah terus masuk ke
biliknya. Dia menekan interkom untuk memanggil Andrea.
“Ada apa
cik Farinah?” soal PAnya.
“Hari ni
saya taknak diganggu oleh sesiapapun. Batalkan semua meeting saya. Hari ni saya
nak ambil EL” arah Farinah.
“Baik
cik.”
Dia
merasakan yang dia perlukan rehat untuk beberapa hari. Rancangannya dia nak
pergi makan angin sebelum outstation ke Sabah pada minggu hadapan. Kedengaran
pintu biliknya diketuk dari luar.
Hish,
siapalah yang ganggu aku ni. Aku baru je nak buat perancangan untuk cuti kali
ni. Tak boleh tengok orang senang ke apa, rungutnya dalam hati.
“Come
in” arahnya.
Kelihatan
Zhafril menapak ke dalam biliknya sambil tersengih-sengih. “Can I sit, miss
Farinah?”
“yes, sure.”
Kata Farinah. Apahal pulak dia datang sini ni. Dahlah masuk sambil
sengih-sengih macam kerang busuk.
“Seperti
yang dikatakan oleh daddy saya tadi, saya nak awak ikut saya lunch sekarang”
kata Zhafril sambil tersengih-sengih.
“Kenapa
saya pulak yang kena ikut awak lunch? Saya tak boleh! Saya ada date” bohong
Farinah.
“Saya
taknak dengar perkataan tak! Anggap je kita lunch hari ni untuk menyambut kedatangan
saya” arah Zhafril. Hisshhh!
Apasal aku pulak? Kat luar tu ramai kot yang dia boleh ajak. Tak sukalah!
“Baiklah
tapi ini adalah lunch kita yang pertama dan yang terakhir. Lepas ni, kalau awak
nak keluar lunch, awak bawa la salah seorang staff kat luar tu yang tengah
single!” marah Farinah. Hishh, sibuk je dia ni ajak aku lunch. Kalau orang
taknak tu taknaklah. Main paksa-paksa pulak. Eiiii, geramnya aku!!!
“Awak
yakin ke ini adalah lunch pertama kita berdua?” soal zhafril dengan kening yang
terangkat.
“A..apa.. maksud awak ni?” soal Farinah.
“Kau dah
lupa ke zah. Kau tak payah buat-buat lupalah dengan aku. Kau ingat aku dah lupa
ke pasal hal tu?” kata zhafril dengan sinis.
“Apa
yang kau cakap ni hah? Aku tak fahamlah. Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?”
balas Farinah.
“kau
rasa?”kata zhafril dengan nada sinis.
Zhafril
keluar dengan perasaan yang gembira kerana dia berjaya buat gadis itu
penasaran. Dia turun ke lobi untuk menunggu Farinah.
“Rea,
beberapa hari ni saya nak EL. Kalau ada sesiapa cari beritahu saya nanti” kata
Farinah.
“Cik
nak kemana?” soal PAnya itu.
“Saya
nak pergi bercuti. Saya nak tenangkan fikiran. Awak tak keluar lunch ke?”kata
Farinah.
“Mestilah nak. Kenapa? Cik nak belanja lunch ke?” soal Andrea yang
begitu teruja.
“Marilah. Hari ni biar saya belanja” kata Farinah. Idea jahat muncul
dalam kepalanya.
Daripada
aku keluar lunch berdua dengan mamat tu baik aku ajak sekali Andrea ni. Hahaha.
Gelak jahat dalam hati.
Mereka
turun ke lobi bersama-sama. Zhafril melihat kearah dua wanita yang sedang
rancak berborak menuju kearahnya. Kau memang tak pernah berubah zah, kata
Zhafril dalam hati.
“Hai,
awak tak kisahkan kalau saya ajak PA saya lunch bersama kita?”soal Farinah.
“Oh,
sure.”katanya sambil memandang ke arah PA Farinah. Bila masa pulak aku suruh
dia bawa orang lain ni. Apa masalah perempuan ni. Senyum paksa diberikan kepada
dua gadis dihadapannya. Gadis? Rasanya lebih sesuai dipanggil wanita.
Perjalanan ke restoran papa rich mengambil masa 30 minit dari bangunan
Fareez holding. Mereka bertiga menuju kearah meja yang kosong itu.