Thursday, 1 October 2015

Disebalik Hatimu

  Umi, maafkan zah. Zah tak mampu nak tunaikan permintaan abah. Biarlah zah cari ketenangan yang zah inginkan. Harap umi faham maksud zah. Halalkan makan minum zah. Zah sayang umi.
Anakmu,
-azah-

     Nota itu ditinggalkan diatas meja soleknya. Aku dah tak tahan nak tinggal dan hidup dengan mereka. Sekarang ialah waktu untuk aku tenangkan fikiran aku. Aku berharap selama ketiadaan aku mereka akan sedar kesilapan itu. Aku akan kembali setelah impianku tercapai.

     Beg yang penuh dengan bajunya itu diletakkan ke dalam bonet kereta mercedez benz miliknya. Setelah beberapa tahun bekerja sebagai pengarah syarikat Fareez Holding milik Tan Sri Fareez Hakim yang bakal diterajui oleh anaknya iaitu Adam Zhafril. Haraplah anak Tan Sri Fareez ni ikut perangainya, kalau tak habislah aku.

     Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam itu akhirnya berbaloi. Azah menekan loceng rumah Wardinah berkali-kali. Akhirnya Wardinah membuka pintu dengan terkocoh-kocoh. Hisy, siapalah yang datang malam-malam macam ni. Tak tahu ke waktu orang nak berehat. Wardinah membebel dalam hati.

    “Kau rupanya Zah. Aku ingat siapalah tadi. Kau buat apa kat sini? Beg kau ke tu?”

      “Kalau ye pun kau nak tanya bagilah aku masuk dulu. Ni tak soalan keluar dari mulut kau macam peluru berpandu” leter Farinah.

     “Eh, masuklah. Buat macam rumah sendiri. Aku bukannya apa, aku terkejut tengok barang-barang kau ni. Banyak sangat”

     “Aku nak tumpang rumah kau dalam beberapa hari boleh? Aku nak tumpang sampai aku dapat cari rumah untuk aku sewa”

     “Apa kata kau tinggal kat rumah aku. Jimat sikit duit kau. Sewa rumah ni nanti boleh kita bayar berdua.” Cadang wardinah.

     “Kau tak kisah ke? Manalah tahu family kau datang sini nak bermalam kat sini ke nanti. Takdelah aku ganggu korang.”

      “Kau macam tak tahu family aku tu. Manalah dia orang nak tinggal kat rumah sempit macam ni” kata Wardinah sambil mencebik.

       “Sempit kau kata? Kondo kau ni punyalah besar macam istana kau kata sempit” balas Farinah Syaza.
       “Overlah kau ni Za. Kondo yang biasa ni kau kata besar macam istana. Hahaha” gelak Wardinah.

       “meh aku tunjuk bilik yang kau akan guna. Tapi kau jangan banyak songeh kalau bilik tu tak menepati citarasa kau”sambung Wardinah.

       “Not bad but I want to change the colours. I don’t like pink colours” kata Farinah Syaza dengan serius.


*****
  Butang lift ditekan. Tingkat 19 dituju. Ketika itu seseorang berdiri disebelahnya.
Dia menjeling kearah lelaki yang berpakaian kemeja berwarna biru tua dan bertali leher hitam. Lelaki tersebut asyik melayan telefon pintar yang berada di tangannya. Dia berasa dirinya diperhatikan oleh gadis manis yang berambut ikal itu.

|
        “Ehem.. kenapa cik jeling saya macam tu” katanya dengan penuh sopan.
        “Errr.. Encik nak ke tingkat berapa?” soal Farinah Syaza.

        “Saya nak ke tingkat 19 cik” katanya dengan penuh macho.

        “Ohh. Arah yang samalah ni” kata Farinah Syaza dengan senyuman menawan yang mampu mencairkan hati lelaki diluar sana.

  Adam Zhafril terkedu melihat senyuman gadis tersebut. Belum sempat dia membalas senyuman tersebut pintu lift teerbuka.

  Farinah Syaza membuka pintu biliknya. Dia memanggil Andrea selaku pembantu peribadinya.

     “Ada apa cik Farinah?” soal Andrea.

     “Saya ada meeting atau appointment ke hari ni?” tanya Farinah.

     “Hari ni cik ada dua meeting. First meeting cik jam 10 pagi ni. Meeting pagi ni Tan Sri yang adakan. Selepas itu, cik ada meeting dengan wakil Menara Holding jam tiga petang nanti” jelas Andrea.

     “Apa agenda meeting dengan Tan Sri hari ni ye?” soal Farinah.

     “Saya tak pasti cik. Tan Sri tak nyatakan agenda meeting tersebut” jelas Andrea.

     “Kalau macam tu takpelah Rea. Awak boleh keluar sekarang”

 Apa agaknya yang Tan Sri nak sampaikan dalam meeting tu. Apesal jantung aku berdegup dengan laju ni? Bisik Farinah.

  Jam tangan Gucci miliknya dijeling sekilas. Ada lima minit lagi jam sepuluh. Baik aku pergi sekarang. Kalau aku lambat nanti tak pasal-pasal aku kena sindir macam hari tu. Aduh sakitnya tuh disini.

  Pintu bilik mesyuarat dibuka. Kelihatan sudah ramai yang sampai. Dia menuju kearah kerusinya. Pintu bilik mesyuarat dibuka oleh Tan Sri dan kelihatan seseorang bersama Tan Sri.

  Eh, apasal jantung aku berdegup laju ni. Tu bukan mamat yang kat dalam lift tadi ke. Dia buat apa kat sini.

  “Selamat sejahtera semua. Kamu semua mesti tertanya tanya kenapa saya adakan meeting mengejutkan. Sebenarnya hari ni saya nak kenalkan kamu dengan pengganti tempat saya sebagai CEO di syarikat ni. Anak saya yang akan gantikan jawatan saya.”

    Alamak, Tan Sri dah nak bersara ke. Takkanlah dia ni anak Tan Sri. Huarghhh taknak!!

  “kenalkan ni anak saya Adam Zhafril. Harap kamu dapat membantu dia.”
 Zhafril asyik merenung kearah gadis yang ditemuinya pagi tadi.

  Aduh, apasal dia pandang aku ni. Bukan nak perasan tapi yang duduk sebaris dengan aku semuanya lelaki. Takkanlah dia ni suka kaum sejenis.

  “Kamu semua boleh bersurai. Farinah kamu jangan keluar dulu.”

 Farinah menggelabah. Apasal aku pulak. Dia tak tahu ke anak dia ni dok jeling aku macam nak telan.

  Oh, nama dia Farinah. Apasal daddy panggil dia pulak ni. Janganlah daddy perasan yang tadi aku jeling dia. Tak pasal-pasal nanti kena suruh kahwin dengan minah ni.

  “Zhaf, cik Farinah ni ialah pengarah syarikat kita ni. Kalau Zhaf ada apa-apa pertanyaan boleh rujuk kat Farinah. Dia ni dah tiga tahun ganti tempat Dato’ Ikhwan sebagai pengarah. Jadi dia dah mahir dengan selok belok syarikat ni.”

   “Kalau takde apa-apa lagi, saya nak sambung buat kerja dulu” kata Farinah.
   
    “Kamu boleh keluar sekarang” balas Tan Sri.

*****
  Farinah berjalan melintasi meja Farah and the gang yang sedang rancak bergosip. Dia terdengar nama bos barunya yang disebut oleh Farah. Dia memasang telinga untuk mendengar apa yang digosip oleh Farah and the gang.

  “Korang nampak tak tadi anak Tan Sri tu? Hensem orangnya. Dengar-dengar dia tu bujang lagi. Umur dia baru nak masuk 27 tahun. Kira muda lagilah tu” kata Farah kepada rakan-rakannya.

   “Aku dengar cerita dia tu campuran melayu-jepun-korea. Betul ke Farah? Kalau betul patut la hensem gilerr” sampuk rakannya.

   “Haah. Betul la tu. Dahlah putih, mata sepet berwarna hazel dan ada lesung pipit pulak tu. Kalau nak dibandingkan dengan kita ni apa yang ada, lesung batu adalah” terang Farah.

  Semua yang berada disitu turut gelak dengan gurauan Farah. Farinah terus masuk ke biliknya. Dia menekan interkom untuk memanggil Andrea.

   “Ada apa cik Farinah?” soal PAnya.

   “Hari ni saya taknak diganggu oleh sesiapapun. Batalkan semua meeting saya. Hari ni saya nak ambil EL” arah Farinah.

    “Baik cik.”

  Dia merasakan yang dia perlukan rehat untuk beberapa hari. Rancangannya dia nak pergi makan angin sebelum outstation ke Sabah pada minggu hadapan. Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar.

  Hish, siapalah yang ganggu aku ni. Aku baru je nak buat perancangan untuk cuti kali ni. Tak boleh tengok orang senang ke apa, rungutnya dalam hati.

   “Come in” arahnya.

  Kelihatan Zhafril menapak ke dalam biliknya sambil tersengih-sengih. “Can I sit, miss Farinah?”

  “yes, sure.” Kata Farinah. Apahal pulak dia datang sini ni. Dahlah masuk sambil sengih-sengih macam kerang busuk.

   “Seperti yang dikatakan oleh daddy saya tadi, saya nak awak ikut saya lunch sekarang” kata Zhafril sambil tersengih-sengih.

  “Kenapa saya pulak yang kena ikut awak lunch? Saya tak boleh! Saya ada date” bohong Farinah.

   “Saya taknak dengar perkataan tak! Anggap je kita lunch hari ni untuk menyambut kedatangan saya” arah Zhafril. Hisshhh! Apasal aku pulak? Kat luar tu ramai kot yang dia boleh ajak. Tak sukalah!

   “Baiklah tapi ini adalah lunch kita yang pertama dan yang terakhir. Lepas ni, kalau awak nak keluar lunch, awak bawa la salah seorang staff kat luar tu yang tengah single!” marah Farinah. Hishh, sibuk je dia ni ajak aku lunch. Kalau orang taknak tu taknaklah. Main paksa-paksa pulak. Eiiii, geramnya aku!!!

   “Awak yakin ke ini adalah lunch pertama kita berdua?” soal zhafril dengan kening yang terangkat.

   “A..apa.. maksud awak ni?” soal Farinah.

   “Kau dah lupa ke zah. Kau tak payah buat-buat lupalah dengan aku. Kau ingat aku dah lupa ke pasal hal tu?” kata zhafril dengan sinis.

   “Apa yang kau cakap ni hah? Aku tak fahamlah. Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?” balas Farinah.

   “kau rasa?”kata zhafril dengan nada sinis.

  Zhafril keluar dengan perasaan yang gembira kerana dia berjaya buat gadis itu penasaran. Dia turun ke lobi untuk menunggu Farinah.

   “Rea, beberapa hari ni saya nak EL. Kalau ada sesiapa cari beritahu saya nanti” kata Farinah.

    “Cik nak kemana?” soal PAnya itu.

    “Saya nak pergi bercuti. Saya nak tenangkan fikiran. Awak tak keluar lunch ke?”kata Farinah.

    “Mestilah nak. Kenapa? Cik nak belanja lunch ke?” soal Andrea yang begitu teruja.

     “Marilah. Hari ni biar saya belanja” kata Farinah. Idea jahat muncul dalam kepalanya.

  Daripada aku keluar lunch berdua dengan mamat tu baik aku ajak sekali Andrea ni. Hahaha. Gelak jahat dalam hati.

  Mereka turun ke lobi bersama-sama. Zhafril melihat kearah dua wanita yang sedang rancak berborak menuju kearahnya. Kau memang tak pernah berubah zah, kata Zhafril dalam hati.

     “Hai, awak tak kisahkan kalau saya ajak PA saya lunch bersama kita?”soal Farinah.

     “Oh, sure.”katanya sambil memandang ke arah PA Farinah. Bila masa pulak aku suruh dia bawa orang lain ni. Apa masalah perempuan ni. Senyum paksa diberikan kepada dua gadis dihadapannya. Gadis? Rasanya lebih sesuai dipanggil wanita.

  Perjalanan ke restoran papa rich mengambil masa 30 minit dari bangunan Fareez holding. Mereka bertiga menuju kearah meja yang kosong itu.

No comments:

Post a Comment